Thursday, October 29, 2009

PROGRAM TERKINI UMNO GOPENG...

UMNO Bahagian Gopeng sedang mengumpul maklumat serta data kumpulan sasaran iaitu fakir miskin dan miskin dalam Parlimen Gopeng bagi membantu pihak kerajaan menyalurkan bantuan melalui Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dan Bantuan Kewangan Persekutuan.

SUBUR

Program Subsidi Beras Untuk Rakyat atau ringkasnya 'SUBUR" merupakan satu inisiatif yang dirancanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu dan mengurangkan beban golongan sasar yang diketegorikan sebagai miskin tegar, miskin dan mudah miskin.
Program ini akan bermula dari 1 Disember 2009 di seluruh Negara.
Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk baucer bernilai RM24 bagi satu baucer untuk golongan miskin tegar dan RM10 untuk golongan miskin dan mudah miskin.

BANTUAN KEWANGAN PERSEKUTUAN

  • Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan.

  • Menggalakkan kumpulan sasar yang masih proaktif supaya minat bekerja dan berdikari.

  • Meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia, bermastautin di Malaysia, penduduk tetap (PR) sebelum tahun 1957.

  • Pendapatan keluarga semasa iaitu RM720 bagi Semenanjung Malaysia dan RM960 bagi Sabah dan Serawak.

  • Golongan yang tidak berkemampuan dan keperluan dengan mengambilkira lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasinagan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.

Untuk keterangan lanjut hubungi Pusat Khidmat UMNO Bahagian Gopeng, Telefon 05-359 2940 atau Ketua-ketua UMNO Cawangan, Bahagian Gopeng.

Thursday, October 8, 2009

SALAM PERJUANGAN....

Salam Perjuangan dan Salam 1Malaysia dari UMNO Bahagian Gopeng....